Apr 21, 2008

One step at a time

Salam...

Sekarang ni dah bermula la minggu belajar, atau lebih famous dikenali sebagai "study week", selama seminggu sebelum mulanya final exam. Ada student yang akan ambil kesempatan ni untuk balik sebentar ke rumah, jumpa mak abah, minta restu atau saja nak lepak2 release tension di rumah.

Masing2 ada cara tersendiri nak menggunakan masa senggang selama seminggu yang diberikan ni. Atau lagi susah bila nak mula study tu kan? Rasa cam liat sangat. Malas sangat nak buka buku untuk menelaah.

Sebab aku pun macam tu juga..he he he..

Jadi apa yang aku nak sampai kan kat sini, kalau kita tak mulakan, macam mana nak bermula..betul tak? Take one step at a time. Jangan nak tunggu sampai mood datang sebab mood tak akan datang kalau kita tak mahu ia datang kan?

Sebagai permulaan, buka saja apa2 buku subjek yang diambil untuk final exam ni, dan buka bab yang pertama. Korang akan tahu apa yang akan korang buat seterusnya = )

babai~

-LB-

Apr 6, 2008

Petrol lebih murah..??

Harga petrol akan lebih murah? Herm..menarik tu. Sangat menarik. Kat bawah ni petikan dari akhbar berita harian:

Harga petrol dijangka lebih murah

Oleh Khirul Bahri Basaruddin

JOHOR BAHRU: Pengguna di negara ini dijangka dapat menikmati harga petrol biasa yang lebih rendah tidak lama lagi, berikutan cadangan kerajaan untuk menstruktur semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata perubahan harga petrol itu akan dibuat melalui kajian semula subsidi petrol yang berada di pasaran seperti petrol berplumbum dan tanpa plumbum RON 92 serta RON 97.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Selasa lalu sudah menimbangkan cadangan memansuhkan petrol RON 92 dan RON 97 untuk digantikan dengan petrol RON 95 dan RON 99.


Jadi, harap2 turun 20sen, banyak tu turun 20sen, tapi sebab dulu pernah naik sekaligus 30sen, apa salahnya turun 20sen kan?


Erm...PM tak takut bankrap negara? Dulu kata impossible lah, apa lah, DSAI nak negara bangkrap lah, sekarang ni boleh pulak? Sedar pun diri tu dah salah. Hoho...bagusnya minyak akan turun harga. Tak sabar nantikan perubahan tu.

Tapi ikutkan pengalaman lepas, isu yuran sekolah..dia kasi kurang mesti ada masuk jugak..takde nye nak bagi macam tu je kan? Hoho...terus duduk kerusi PM tu paklah..nanti next PRU, Pakatan Rakyat boleh dapat lagi banyak sokongan.

Mengenai jenis petrol yang akan ditukar, RON 95 adalah petrol unleaded, high octane. Manakala yang saya jumpa kebiasaan bersama RON95 ialah RON 98, super high octane. Pasal kereta mewah sahaja pakai high octane RON98 tu aku setuju sangatlah kalau govt kata nak kurangkan subsidi untuk RON98 dan lebih subsidi RON95. Maknanya tak payah la nak kasi kelebihan kat orang kaya yang sememangnya banyak duit.

Kadar octane yang tinggi tak semestinya akan memberi lebih prestasi tetapi bergantung kepada jenis enjin yang digunakan. Di ibaratkan seperti kalori, kalau banyak kalori tapi tak digunakan akan memudaratkan badan kan? Perkara sama seperti petrol, kalau terlalu tinggi octane enjin tak dapat tampung jumlah tenaga yang tinggi dan akan jadilah situasi "overload" kepada enjin berkenaan.

Jadi, kalau dah berlaku perubahan jenis petrol yang akan digunakan nanti, semoga korang pandai nak pilih yang mana. Kalau duit banyak pun saja2 nak beli super high octane, tapi kalau pakai kancil, tak guna gak kan...wakakaka

Tapi setakat hari ni, perkara ni masih dalam perbincangan. Marilah kita sama2 nantikan perubahan tu nanti...tunggu dan lihat = )

babai~

[EDIT]

nota penulis: huhuhu..post ni aku buat lepas baca artikel kat bharian..

tapi pas wat research sikit, minyak yg kita biasa guna, ron97 akan tukar kepada ron95...which is downgraded.

dan diperkenalkan pulak ron99 utk golongan kaya, konon kurang bagi subsidi padahal memang mahal banding ron97. so lagi banyak subsidi utk ron99 tu.

ron92 memang negara luar banyak tak pakai dah, sebab leaded...so pasni pakai ron95 mesti rasa tak kurang prstasi sebab sebelum ni ron97...

hmm..keji gak cara kerajaan ni nak tipu...da kata daa...macam isu yuran skola..mesti dia ada belit jugak kat mana2..huhuhu

-LB-