UMP cipta kerusi untuk lelaki tanpa kaki, tangan
"Dulu, saya malu dengan keadaan begini tetapi sekarang tidak lagi. Saya cuma berharap dapat bergerak sendiri bagi menghilangkan kebosanan berkurung di rumah dan terpaksa menonton kawan-kawan bermain di pintu rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Felda Bukit Sagu 2 dekat sini, semalam.
Penderitaan Mohd Muslim untuk bergerak sendiri, mendapat perhatian sekumpulan pakar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sedia mencipta kerusi khas memiliki ciri kenderaan pacuan empat roda bernilai kira-kira RM50,000.
Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMP, Profesor Madya Dr Rosli Abu Bakar yang datang sendiri menemui Mohd Muslim di rumahnya berkata, sekumpulan enam pakar UMP akan mereka bentuk kerusi roda berkenaan untuk disiapkan dalam tempoh empat bulan.
"Kita simpati dengan keadaannya dan usaha mereka bentuk kerusi roda khas ini satu cabaran besar untuk kami kerana alat ini satu-satunya yang akan dilengkapi ciri keselamatan dan kemudahan pacuan empat roda.
"Secara kasar, kerja mereka cipta kerusi roda khas ini lebih sukar berbanding kerusi yang kami cipta untuk kegunaan murid kenit di Pekan baru-baru ini dan kosnya lebih mahal, kerana Mohd Muslim tidak mempunyai tangan dan kaki untuk mengimbangi badannya.
"Kita berharap sektor korporat membantu membiayai kos membina kerusi roda khas ini kerana kami hanya mampu menyumbang kepakaran untuk mencipta," katanya.
untuk artikel penuh boleh KLIK SINI
LB - sebenarnya aku berbangga juga kat UMP ni sebab prihatin dgn isu OKU. macam kes ni, OKU yang di abaikan hak dia oleh pihak2 lain. so pada pandangan aku ok lah pihak universiti promosikan universiti melalui projek2 berfaedah macam ni. contohnya macam kerusi roda utk Muslim n projek yang lepas, kerusi roda utk murid kenit. di samping promote nama univ, knowledge lecturer n researcher UMP ni dapat digunakan selain untuk mengajar student je kan. apa2 pun mari kita doakan semoga projek ni success supaya bagi kemudahan kepada mereka yang terbabit...