keputusan PRU12
Sesungguhnya keyakinan untuk mengambilalih Kelantan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN yang ternyata dibuat-buat untuk menyedapkan hati mereka nyata memakan diri, apabila PRU-12 kali ini melihat satu anjakan paradigma dalam arena politik Malaysia. Pihak pembangkang telah berjaya menawan 5 negeri dan berjaya menerobosi beberapa negeri kuat bagi UMNO seperti Johor. Berikut adalah beberapa pendapat saya mengenai keputusan PRU-12 ini:Tekanan hidup yang semakin meningkat, peningkatan ekonomi yang hanya dinikmati orang atasan, skandal oleh pimpinan kerajaan termasuklah seks, rasuah dan jenayah profil tinggi mempengaruhi pengundi untuk memilih pembangkang.
Disamping itu juga, kempen melampau-lampau kerajaan melalui pelbagai media iaitu tv, radio dan suratkhabar tanpa memberi pihak pembangkang ruang bersuara walau sedikitpun membuatkan rakyat jelik, muak dan menyampah dengan propaganda yang sengaja dibikin untuk menakutkan rakyat.
Overconfident yang dialami oleh beberapa muka lama dan nama-nama penting kerajaan menyebabkan mereka leka walhal rakyat sudah lama mahukan perubahan.
Tindakan memperbodohkan rakyat dengan beberapa keputusan oleh pihak SPR menunjukkan BN menganggap rakyat itu bodoh dan akan membuta tuli mempercayai segala yang dipersembahkan di media perdana.
Rakyat di negeri-negeri yang lebih maju memilih pembangkang mungkin kerana mereka mempunyai lebih pendedahan kepada media alternatif melaluii internet iaitu blog-blog dan akhbar internet seperti malaysiakini.com dan harakahdaily.net
Ceramah oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sepanjang tempoh kempen, melihatkan kehadiran sehingga 10 ribu orang walaupun tanpa jemputan Siti Nurhaliza seperti satu kempen di Rembau. Sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap DSAI telah dibuktikan melalui PRU-12 kali ini.
Nah!! Ini jawapan kami...apa pula tindakan dari BN memandangkan jawapan rakyat sudah diterima. Harapan Baru Untuk Malaysia!!!
Kini cabaran pihak pembangkang pula untuk menunjukkan kebijaksanaan dalam menerajui negeri yang berjaya ditawan. Semoga pakatan pembangkang yang kuat di parlimen kali ini dapat mengelakkan kerajaan membuat keputusan secara membuta-tuli pada masa akan datang.
Di bawah saya kepilkan beberapa gambar dari kawasan parlimen panas, Lembah Pantai semasa berada di Kampung Kerinchi. Saya kira kawasan paling meriah dengan perang poster antara PKR diwakili Nurul Izzah dan Shahrizat Jalil dari BN.
*klik thumbnails utk image besar
2 comments:
Yeah... semoga pak lah terjaga dari mimpi indah PRU 11 kerna kenyataan PRU 12 amat pahit dan perit. Hopefully pembangkang buktikan kebolehan utk rakyat terus beri kepercayaan.
PRU11 adalah sesuatu yang dah lama ketinggalan. diorg terleka dgn media kaki ampu dan suka menjilat populariti buatan mereka sendiri...
semoga pembangkang gunakan peluang ini untuk menarik lebih ramai rakyat memberi kepercayaan kepada mereka pada PRU akan datang...
Post a Comment