May 29, 2008

Kerajaan sebelahi rakyat ke pengutip tol?

Akibat Tidak Puas Hati 1,000 merusuh

Info Oleh : Ahmad Tajol Ansar Ibrahim Harian Metro 09 Mei 2008

CHERAS: Tindakan lebih 1,000 penduduk yang merusuh bagi menghalang kerja pembinaan konkrit di persimpangan Taman Mahkota di sini, memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU)

melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Perhimpunan bermula seawal jam 6 petang itu mula bertukar ganas selepas kehadiran Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, kira-kira jam 10.30 malam yang memasuki lokasi kerja pembinaan dan merosakkan peralatan yang digunakan pekerja syarikat konsesi Lebuh Raya Grand Saga Sdn Bhd itu.

Sejurus kemudian, penduduk yang berkumpul mula meluru ke kawasan pembinaan dan merobohkan tembok yang sedang dalam pembinaan itu.
Anggota polis yang berada di tempat kejadian segera mengarahkan orang ramai yang berkumpul bersurai secara aman dan tidak mengganggu kerja pembinaan namun tidak diendahkan, menyebabkan tembakan gas pemedih mata dilepaskan sebaik keadaan semakin tegang.

Lim bertindak berdiri di hadapan jentera meriam air FRU bagi menghalang namun ditarik polis biarpun dia meronta untuk melepaskan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakarudin Che Mood, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 30-an, dua daripadanya ditahan jam 7 malam manakala seorang lagi kira-kira jam 10.40 malam bagi tujuan siasatan.

Difahamkan lebih 50,000 penduduk di taman perumahan itu berang berikutan tindakan syarikat konsesi lebuh raya terbabit menutup laluan yang didakwa menjadi laluan masuk ke kawasan perumahan mereka.

Selain itu, seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa berikutan penutupan laluan itu, penduduk terpaksa menggunakan laluan lebih jauh untuk pulang ke kawasan perumahan selain terpaksa membayar tol.


Ni lagi satu isu yang aku tak faham. Cuba bayangkan kalau nak masuk ke dalam rumah perdana menteri letak tol kat depan? dia marah ke tak? Humm..aku rasa tak marah la kot sebab kalau bayar pun bukan duit dia.

Tapi kejadian bangang ni berlaku kat jalan masuk ke taman perumahan. Syarikat tol nak untung punye pasal sanggup pi tutup jalan tu. So sapa2 yang nak masuk dalam tu kena lepas tol 50m dari situ, bawak keter sejauh 150m, kemudian belok kiri untuk masuk dalam tu.

Tak ke bodoh? Sepatutnya bertimbang rasa la sikit...jalan tu pada asalnya tanah orang kampung, dulu buat pintasan masa tol nak siap. Tapi da siap bagi la kat orang kampung balik. Ada ke pulak pergi tutup jalan tu?

Haihhh..bodohh..bodohh...

Sepatutnya kerajaan arahkan buka tembok yang menghalang jalan tu, bukan nya sebelahi syarikat untuk tutup jalan tu. Kerajaan sepatutnya melindungi rakyat, bukan pemilik lebuhraya yang mengutip tol..

Lagi satu tol mahal kat Kerinchi Link. Tak sampai 3km, tol yang dikenakan ialah RM1.50...haihhh. Dah tu nanti bila orang tanak lalu dia pergi kasi naik lagi. Apa punya ekonomi la diorang belajar ni. Budak bodo pun tau kalo mahal lagi la malas mau lalu. huhu..tak gitu?

-LB-

No comments: